Friday, October 29, 2010
REHAT 1 BULAN
Sorryy...aku cuti sebulan... cozz nak concentrate tu my studyy.... insyaaalah this is my final semester... see next month hopefullyy..
Friday, October 8, 2010
Potrait 10 tahun yang lalu....
Ni antara salah satu potrait yang masih aku simpan.... Potrait nie aku lukis tahun 2000... kira kira 10 thn yang lalu.. Ramai yang ingat nie gambar potrait bekas murid akuu.. bukan..Sebenarnya, gambar nie aku ambil kat katalog AMWAY.... potrait-potrait lain aku x sempat nak rakam..lepas lukis terus bagi kat pemiliknyee.. ada laa dalam berbelas belas potrait jugak yang sempat aku lukis masa tuu....
Monday, October 4, 2010
Adobe Photoshop CS3
Ni lee percubaan pertama aku mula berjinak jinak ngan photoshop..... Zaman serba canggih nie kena pandai jugak guna teknologi yang ada kalau tak rugi ooo... walaupun hasilnya cam budak sekolah tapi kira ok la jugak.... almaklumlah belum pro lagi... baru nak merangkak...
Thursday, September 2, 2010
Kartun
Dulu aku cukup minat dengan lukisan kartun.... dulu pun cita cita sebenarnya nak jadi Kartuniss... tapi disebabkan cita cita tu tak seberapa menggunung tingginya, maka terbantutlah cita cita tu..maka jadiklah aku seorang guru sekolah... tapi kira ok lagi laa sebab tak banyak beza sangat.pun.. aku masih berpeluang melakar, menconteng, melukis untuk budak -budak aku...Idola aku dah tentu Gayour, UJang.. banyak stroke stroke aku dipengaruhi oleh kartunis ni...
watercolour artwork
Aku tak berapa expert sangat ngan water colour sebenarnya...lukisan ni aku buat pun ala kadar jee..tu pun sebab baru lepas pergi bengkel cat air kat IPIK satu ketika dulu.. tu yang semangat tuu... water colour ni kena betul betul mahir baru boleh hasilkan karya yang betul betul gempak...
Sunday, August 29, 2010
PENGENALAN ......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian. Selamat berkunjung ke laman blog saya. Buat masa ini, blog ini masih banyak kekurangan.Saya harap blog ini dapat dijadikan platform untuk saya terus mengembangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat mengenai bidang seni ini.
Lukisan potret bukanlah satu perkara baru di dunia ini. Ramai yang telah menceburkan diri dalam bidang ini kerana minat yang terlalu mendalam dan ada yang telah menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan samaada secara sambilan atau sepenuh masa.. Minat bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat. Ia muncul sendiri dalam diri seseorang atas kehendak Allah SWT.
Cuma minat ini mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar ia tidak disalahgunakan. Sesiapa yang minat melukis potret dan dapat mengembangkan minat tersebut hendaklah bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya atas segala kurnianNya. Allah sememangnya menyuruh kita hambaNya banyakkan bersyukur dengan apa sahaja kurniaan daripadaNya. Dan, barangsiapa yang bersyukur Allah berjanji untuk menambah lagi nikmat kurniaanNya pada masa akan datang, dalam bentuk yang tidak kita sangka-sangkakan.
Kepada peminat peminat lukisan potrait.....Buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk menghasilkan potrait terbaru lantaran sibuk dengan urusan urusan kerja ,belajar dan keluarga.Memandangkan saya masih mempunyai satu semester saja lagi untuk menamatkan pengajian saya.. Insyaalah dalam masa terdekat ini, saya akan cuba untuk menghasilkan seberapa banyak lukisan potrait setakat yang termampu..Sekian.. Terima kasih..

Subscribe to:
Posts (Atom)

n