Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian. Selamat berkunjung ke laman blog saya. Buat masa ini, blog ini masih banyak kekurangan.Saya harap blog ini dapat dijadikan platform untuk saya terus mengembangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat mengenai bidang seni ini.
Lukisan potret bukanlah satu perkara baru di dunia ini. Ramai yang telah menceburkan diri dalam bidang ini kerana minat yang terlalu mendalam dan ada yang telah menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan samaada secara sambilan atau sepenuh masa.. Minat bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat. Ia muncul sendiri dalam diri seseorang atas kehendak Allah SWT.
Cuma minat ini mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar ia tidak disalahgunakan. Sesiapa yang minat melukis potret dan dapat mengembangkan minat tersebut hendaklah bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya atas segala kurnianNya. Allah sememangnya menyuruh kita hambaNya banyakkan bersyukur dengan apa sahaja kurniaan daripadaNya. Dan, barangsiapa yang bersyukur Allah berjanji untuk menambah lagi nikmat kurniaanNya pada masa akan datang, dalam bentuk yang tidak kita sangka-sangkakan.
Kepada peminat peminat lukisan potrait.....Buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk menghasilkan potrait terbaru lantaran sibuk dengan urusan urusan kerja ,belajar dan keluarga.Memandangkan saya masih mempunyai satu semester saja lagi untuk menamatkan pengajian saya.. Insyaalah dalam masa terdekat ini, saya akan cuba untuk menghasilkan seberapa banyak lukisan potrait setakat yang termampu..Sekian.. Terima kasih..
